Kesimpulan

    Secara keseluruhannya, rakyat Malaysia mestilah berusaha untuk mengekalkan keharmonian negara serta meningkatkan perasaan kasih sayang antara masyarakat di negara. Hal ini kerana, kita mestilah menghargai jasa baik tokoh-tokoh terdahulu yang telah memperjuangkan keamanan dan kesejahteraan negara kita. Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum hendaklah menghormati dan saling menyayangi antara satu sama lain agar peristiwa 13 mei 1969 tidak berulang. Bak kata peribahasa Melayu, kalah jadi abu, menang jadi arang yang membawa maksud kalah atau menang dalam satu pertengkaran tidak membawa keuntungan untuk mana-mana pihak. Dengan itu, rakyat Malaysia perlulah berusaha untuk mengelakkan salah faham antara kaum. Oleh hal yang demikian, rakyat Malaysia dan generasi yang akan datang dapat menikmati keindahan alam sekitar dan kemajuan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Dengan ini hasrat tokoh-tokoh terdahulu untuk melahirkan negara yang aman dan harmoni dapat direalisasikan.

No comments:

Post a Comment