Pengenalan

     Rukun Negara merupakan ideolagi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara setahun selepas tragedi 13 Mei 1969 yang telah mengancam keamanan dan keharmonian negara. 

    Dengan itu, Rukun Negara digubal untuk dijadikan sebagai garis panduan dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu, penyayang serta melahirkan negara yang aman damai. Rukun Negara juga berperanan menyusun prinsip hidup masyarakat yang mengandungi nilai kenegaraan dan norma sosial. Rukun Negara telah menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bagi kegiatan hidup masyarakat yang pelbagai kaum dan budaya di negara ini. Dengan itu, setiap warganegara perlu menghayati ikrarnya yang  dianggap sebagai falsafah  hidup rakyat Malaysia. Rukun Negara telah diiktirafkan oleh Yang Dipertuan-Agong keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun Malaysia yang keempat. 


No comments:

Post a Comment