Rukun Negara merupakan satu susunan cara atau prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan sebagai rakyat di Malaysia. Dengan lain kata, Rukun Negara juga adalah satu panduan untuk mengeratkan hubungan antara kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara.
Ideologi negara ini telah menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia serta dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki oleh rakyat yang berbilang kaum dan pelbagai agama. Dalam pada itu, Rukun Negara yang menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di negara ini untuk membentuk rakyat yang berintegriti.
No comments:
Post a Comment